PPAS tidak terlibat urusan Anugerah Buku Negara 2025

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) selaku urus setia Selangor International Book Fair 2025 (SIBF 2025) menegaskan bahawa pihaknya tidak terlibat dalam sebarang urusan penganjuran, pemilihan pemenang, penjurian mahupun pengurusan teknikal berkaitan Anugerah Buku Negara 2024–2025 yang tular di media sosial.

PPAS berkata, penggunaan tandatangan Perdana Menteri serta isu kredibiliti penganjur juga tiada kaitan dengan pihak SIBF 2025. 

"Pihak urus setia hanya menyediakan ruang aktiviti pentas secara percuma kepada organisasi luar yang difikirkan bersesuaian," katanya dalam kenyataan media semalam.

PPAS menambah, berhubung isu buku berunsur plagiat, perkara tersebut berlaku di luar kawalan dan bidang kuasa pihak penganjur SIBF 2025. 

"Namun, kami telah memohon tindakan lanjut daripada pihak berkuasa yang berkenaan." jelasnya.

PPAS menegaskan bahawa nilai integriti adalah keutamaan dan semua pihak perlu bersama-sama memelihara amanah demi menjaga kualiti karya serta masa depan industri perbukuan negara.







Catat Ulasan

0 Ulasan