Rakyat akan hukum kalau menteri tak boleh buat kerja - Akmal

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh berkata, pelantikan menteri Kabinet adalah hak perogatif Perdana Menteri.

Menurut beliau, sesiapa yang Perdana Menteri rasa layak dan nak dilantik maka beliau boleh buat demikian termasuk boleh melantik sesiapa yang bukan wakil rakyat untuk diangkat menjadi menteri.

"Dengan erti kata lain, menteri yang dilantik ini adalah lambang air muka dan visi Perdana Menteri

"Jadi tidak perlu nak pertikaikan siapa yang PMX nak lantik sebab itu 'baju' PMX yang nak pakai untuk memimpin

"Jika menteri tidak berkualiti dan tidak boleh buat kerja, rakyat akan hukum sendiri dengan tidak berikan undi pada parti beliau," katanya dalam hantaran Facebook hari ini. 

Dr. Akmal berkata, jika sebelum jadi menteri janji bulan dan bintang, maka jangan lupa pula janji yang ditaburkan dulu semasa tiada jawatan.

Tambah beliau, jika menteri buat kerja dengan baik, maka rakyat akan beri sokongan dan undi kepada partinya. 

"Rakyat bukan tidak pandai menilai.

"Jadi kepada menteri, tahniah sebab dilantik tapi ini bukan masa untuk bersuka ria dan buat kenyataan bodoh yang boleh menyinggung perasaan dan sensitiviti rakyat, ini masa untuk bekerja untuk rakyat.

"Dan ingat, negara ini ada undang-undang dan perlembagaan yang perlu dipatuhi, bukan bila dah jadi menteri semua kamu nak langgar.

"Jika tidak, pastiini lah sepenggal kamu jadi menteri!!" katanya.

BACA LAGI 






Catat Ulasan

0 Ulasan