Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa kertas siasatan berhubung insiden tembakan membabitkan tiga lelaki di kawasan Durian Tunggal, Melaka telah dirujuk dan ditaklimatkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 16 Disember 2025.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, setelah diteliti, Jabatan Peguam Negara bersetuju dengan syor PDRM dan mengarahkan agar siasatan diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (kesalahan bunuh).
“PDRM menegaskan komitmen untuk memastikan setiap proses siasatan dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berlandaskan undang-undang demi menjamin keadilan kepada semua pihak.
"PDRM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku,” katanya dalam kenyataan media malam tadi.

0 Ulasan