Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mengucapkan terima kasih kepada Ketua AMK, Kamil Munim kerana mengakui zaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah lebih baik daripada sekarang.
Kamil dalam program SKOP MG semalam berkata, adalah tidak adil untuk mengungkit janji Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd. Halim untuk memansuhkan kutipan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Kamil menjelaskan, keadaan ekonomi ketika janji itu dibuat adalah berbeza dengan sekarang.
Sehubungan itu, Dr. Akmal membuat andaian bahawa Kamil seolah-olah mengakui keadaan ekonomi pada zaman Najib adalah lebih baik sehingga pembangkang ketika itu berani menabur janji untuk menghapuskan hutan PTPTN,
"Ok 👍👍👍. Maksudnya zaman Najib Razak kedudukan negara lebih baik dari sekarang ke??
"Terima kasih kerana mengakuinya. Ingat rakyat tak pernah lupa ya," katanya dalam hantaran Facebook malam ini.

0 Ulasan