Kalau tak terima bahasa Melayu, jangan duduk di Malaysia - Agong

 

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa hadapan negara.  

Titah Seri Paduka, jika hendak buat sistem pendidikan yang baharu, ia mesti dibuat selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, dan bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ianya adalah bahasa kebangsaan.  

"Oleh itu, sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain, mesti terima bahasa Melayu dan sejarah Malaysia.  

"Kalau ada yang tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia," titah Seri Paduka.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas di Parlimen hari ini.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan