Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menggesa kerajaan menjawab dan memberi penjelasan di Parlimen berhubung 5,207 hektar tanah yang dipersetujui untuk diserahkan kepada Indonesia.
Menurut beliau, perkara itu dilaporkan sendiri oleh Setiausaha Badan Pengelola Perbatasan dalam mesyuarat Komisi II Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia pada 21 Januari lalu.
"Apa yang susah sangat.
"Perdana Menteri jangan marah tak tentu hala dan stress. Nanti kalau terlebih stress kerja lain pula jadinya," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

0 Ulasan