Kerajaan setuju cadangan had tempoh jawatan PM 10 tahun - Azalina

 

Kerajaan telah bersetuju dengan cadangan dasar pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh prinsip akauntabiliti, semak dan imbang serta tadbir urus berteraskan Perlembagaan Persekutuan di bawah agenda reformasi institusi Kerajaan Madani pada Mesyuarat Mingguan Jemaah Menteri kelmarin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri meneliti secara menyeluruh input dasar, pandangan awam serta syor-syor yang dikemukakan melalui sesi libat urus holistik dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan. 

"Cadangan pengehadan tempoh jawatan ini bertujuan untuk mengelakkan penumpuan kuasa berlebihan, memperkukuh sistem demokrasi serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kepimpinan negara, selaras dengan amalan demokrasi matang di peringkat antarabangsa.

"Seterusnya, kerajaan akan melaksanakan beberapa pindaan yang berkaitan kepada Perlembagaan Persekutuan dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada sidang kali ini juga," katanya dalam kenyataan media semalam.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan