Sebar agama Kristian: Hentikan tindakan bercanggah Perlembagaan


Berikut adalah kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar hari ini berhubung isu video tular beberapa individu cuba menyebarkan agama Kristian di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak, Kuala Lumpur:

1. Merujuk kepada berita berkaitan video tular beberapa individu yang cuba menyebar agama Kristian di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak supaya menghormati serta akur kepada Perlembagaan Persekutuan bagi memelihara keharmonian dalam bernegara.

2. Apa-apa tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara perlulah dihentikan kerana ia boleh membawa keresahan awam khususnya dalam kalangan umat Islam.

3. Semua pihak adalah dimohon untuk bertenang dan memberikan kepercayaan penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia dalam membuat siasatan terperinci.

4. Sekiranya terbukti mana-mana pihak telah melakukan perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, mereka perlu dibawa ke muka pengadilan.


BACA LAGI





Catat Ulasan

0 Ulasan