MCA menggesa kerajaan memberi penjelasan mengenai isu Titah Addendum serta mendedahkan pihak yang menyembunyikannya sejak tahun lalu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon berkata, kerajaan telah gagal memberi jawapan yang jelas mengenai kewujudan Titah Addendum.
Menurut beliau, isu itu telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat kerana mereka berhak tahu tentang kebenaran.
"Pada masa sama, kerajaan juga harus menyiasat dan mencari pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyembunyikan kebenaran, serta apakah motif mereka, seterusnya mengenakan tindakan tegas terhadap mereka kerana kelakuan tersebut disifatkan satu penderhakaan," katanya dalam kenyataan media semalam.
Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Addendum Januari tahun lalu.
Titah Addendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit skandal dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Surat dari Istana Pahang yang mengesahkan kewujudan Titah Addendum itu tular dalam media sosial sejak semalam.
Check out [HOT SALE] Kalislab Keto Chocolate Dark Cacao / Coffee Arabica / Bentong Ginger 60gm for RM21.60 - RM72.90. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/3LB0Gm5CAI?share_channel_code=1 |
0 Ulasan