Wan Rosdy sanggup ambil risiko dedah Titah Addendum - Nizar

 


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sanggup mengambil risiko peribadi untuk mengesahkan kewujudan Titah Addendum tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anak Najib, Datuk Mohd Nizar berkata, Wan Rosdy berbuat demikian melalui afidavit yang difailkan di mahkamah.

"Tanpa pengesahan awal ini, orang ramai tidak tahu akan kewujudan titah tersebut," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Addendum Januari tahun lalu.

Titah Addendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit skandal dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Surat dari Istana Pahang yang mengesahkan kewujudan Titah Addendum itu tular dalam media sosial sejak kelmarin.

Mohd Nizar menambah, tidak ramai orang yang tahu bahawa beliau sentiasa berhubung dengan Wan Rosdy bagi memohon nasihat dan pandangan sepanjang saga Titah Addendum berlangsung.

"Beliau banyak memberi dorongan dan nasihat sepanjang saya dan keluarga perjuangkan pekara ni bagi pihak ayahanda.

"Bos saya ni bukan jenis yang suka claim credit tak tentu pasal. Beliau jenis yang kuat bekerja, tahu-tahu kerja dah siap, biar pencapaian dan prestasi tu berbicara," jelasnya.


BACA LAGI








Catat Ulasan

0 Ulasan