Pemimpin negara mana dilarang jumpa Tun Mahathir? - Kamil

 


Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan lebih lanjut berhubung dakwaannya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalang beberapa pemimpin negara asing bertemu dengannya.  

Menurut Kamil, Dr. Mahathir perlu menyatakan secara jelas siapakah pemimpin yang dimaksudkan serta negara asal mereka.  

“Pemimpin mana? Dari negara mana? Nyatakan. Jika tidak, Tun bohong. 

"Tun bohong untuk cipta persepsi buruk dan meraih simpati politik. Tak baik bohong, Tun. Dosa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Sebelum ini, Dr. Mahathir mendakwa Anwar telah menghalang beberapa pemimpin negara luar daripada bertemu dengannya semasa mereka berada di Malaysia.  

Dalam  rakaman audio siar Apa Cerita yang dimuat naik semalam, beliau mendakwa pemimpin-pemimpin berkenaan yang merupakan kenalannya telah menyatakan hasrat untuk bertemu dengannya, namun dilarang oleh Anwar.  

“Ada pemimpin negara asing (datang Malaysia) minta nak jumpa saya. Oh (Anwar kata) tak boleh, tak boleh jumpa. (Pemimpin itu datang) dari dua buah, tiga buah negara.  

“Pemimpin-pemimpin itu kawan saya, kenal saya dan mereka datang ke Malaysia nak jumpalah dengan saya, oh tak boleh,” katanya.  

Bagaimanapun, beberapa pihak meminta Dr. Mahathir mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya.


Catat Ulasan

0 Ulasan