NEKMAT sedia perkhidmatan hantar ikan ke rumah sepanjang tempoh PKP


KUALA LUMPUR 28 Mac 2020 - Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menyediakan perkhidmatan penghantaran Ikan Segar Beku (QFish) dan makanan laut ke rumah pelanggan di Lembah Klang.

Pengerusinya, Abdul Hamid Bahari berkata, perkhidmatan itu dijalankan oleh penghantar di bawah seliaan NEKMAT bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan ikan segar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Buat masa sekarang, orang ramai sekitar Kuala Lumpur boleh membuat tempahan ikan secara dalam talian www.nekmatbiz.com.my dan penghantaran akan dilakukan dari NEKMAT, Taman Wahyu, Kuala Lumpur.

"Jualan langsung di Pusat Pengumpulan dan Pengedaran NEKMAT Taman Wahyu berpurata sehari sebanyak 5 tan metrik. Jualan ini beroperasi pada setiap hari (kecuali Ahad).

"Bermula seawal pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari, semua pesanan akan diiklankan dalam laman Facebook NEKMAT setiap hari. Ikan seperti pelaling, kembung dan selayang dijual pada harga RM4.00 sekilogram," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, NEKMAT membeli ikan segar daripada nelayan yang terus dihantar ke tempat simpanan sebelum dibekalkan kepada pengguna.

"NEKMAT yang mempunyai bot pukat jerut C2 juga telah menjalankan operasi hari-hari bagi terus membekalkan protein utama rakyat Malaysia," jelasnya.



Abdul Hamid menambah, NEKMAT turut menjual produk hasil perikanan keluaran NEKMAT dengan jenama ENNA.

Selain itu, produk seperti nugget ikan, jejari ikan serta keropok lekor ada dijual secara dalam talian sepanjang tempoh PKP.


Sehingga kini, terdapat sebanyak 50 tan metrik ikan QFish dalam stok simpanan NEKMAT.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi NEKMAT di talian 03-61361808.


COVID-19: MAIWP Latih Usahawan B40 Jana Pendapatan

Najib Rayu Pemilik Hartanah Tangguh Kutipan Sewa Semasa Krisis Covid-19

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. kembong berapa sekilo, boleh hantar ke jln bunga matahar 3, tmn maju jaya, fasa 3, 56100 ampang, selangotr 0196216662

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap hubungi NEKMAT puan.

      http://www.nekmatbiz.com.my/

      Tempahan melalui laman web di atas.

      Padam