Sejak Bila Pendatang Haram Berhak Dilayan Macam Raja?

Gambar hiasan: AsiaNews.it

Sekumpulan ahli politik yang mendakwa diri mereka pejuang hak asasi manusia mengecam langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Salah seorang daripada mereka ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah.

Dalam Twitter, Maria bersedih apabila pusat kuarantin yang dikhususkan untuk PATI di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.

Selain itu, kawasan tersebut dikelilingi kawat berduri bagi mencegah PATI lari keluar.

Kata Maria, tindakan itu seperti tidak menghormati kehidupan mereka.

Mungkin beliau tidak mengikuti perkembangan semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Lebih 150 kes baharu yang dikesan sejak sehari lalu melibatkan PATI yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil.

Cuba bayangkan kalau semua PATI terbabit dibiarkan bergerak bebas di negara ini.

Mereka akan menjadi ejen-ejen penyebar COVID-19 bukan sahaja dalam kalangan pendatang asing malah boleh menjangkiti rakyat tempatan.

Lagi pun, sejak bila PATI ada hak di negara ini?

Mereka mencuri masuk ke negara kita secara haram dan tindakan itu terang-terangan melanggar undang-undang.

Sesiapa sahaja yang didapati melanggar undang-undang wajar dianggap sebagai penjenayah.

Di mana-mana negara pun, penjenayah tidak diberi layanan yang sama dengan rakyat biasa kerana mereka tidak menghormati undang-undang yang diwujudkan untuk memastikan semua orang hidup dalam keadaan aman.

Lebih-lebih lagi PATI yang selama ini menimbulkan masalah dari segi sosial dan keselamatan.

Memang selama ini kerajaan Malaysia agak berlembut ketika menangani isu PATI atas pertimbangan kemanusiaan.

Namun dalam keadaan sekarang, kerajaan tidak boleh bertolak ansur lagi kerana nyawa rakyat boleh terancam jika PATI yang positif COVID-19 dibiarkan bergerak bebas.

Pejuang hak asasi PATI pula jangan memandang dari sudut yang sempit semata-mata.

Adakah mereka lebih mementingkan hak PATI yang melanggar undang-undang berbanding keselamatan rakyat Malaysia sendiri?

Memang sangat pelik pemikiran pejuang hak asasi PATI ini.

Majoriti rakyat Malaysia juga menyokong ketegasan kerajaan dalam menangani isu PATI yang semakin berleluasa.

Kerajaan kita masih berperikemanusiaan terhadap PATI yang positif COVID-19 dengan merawat mereka sehingga sembuh sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Pedulikan suara-suara sumbang yang mengkritik tindakan tegas kerajaan terhadap PATI.

Semasa rejim Pakatan Harapan (PH) memerintah pun, langsung mereka tak berkata sepatah pun tentang isu PATI.

Bila dah tumbang, tiba-tiba nak jadi hero pula.

Ayuh! Tandatangan Petisyen Desak Lim Kit Siang Letak Jawatan

Oh, 'Mulianya' Hati DAP Mahu Bela Nasib Pelarian Rohingya!

Catat Ulasan

0 Ulasan