Siapakah Yang Tun Mahathir Tuduh Berniat Jahat Tu?

Gambar: Facebook Dr Mahathir bin Mohamad


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh ada pihak berniat jahat yang menyebarkan rakaman audio beliau yang jelas disunting dalam media sosial baru-baru ini.

Beliau seterusnya mencabar mereka untuk mengeluarkan rakaman penuh mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia. 

Dr Mahathir turut menegaskan bahawa beliau kekal setia bersama rakan-rakan yang berjuang dengannya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Kalau betul saya mahu mengkhianati mandat rakyat, saya boleh lakukan dahulu apabila dicalonkan sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.‬
"Saya tolak. Susah dan senang, kita bersama," katanya dalam kenyataan melalui Facebook.

Cuma yang menjadi persoalan siapakah yang merakam dan membocorkan rakaman audio tersebut?

Mungkinkah dalangnya salah seorang daripada mereka yang menghadiri mesyuarat MPT Bersatu pada 23 Februari 2020?

Justeru, beliau tak perlu melihat jauh kerana individu yang didakwa berniat jahat ada dalam partinya sendiri.

Dalam rakaman audio itu, seperti yang dilaporkan Astro Awani, kedengaran suara seorang lelaki menyebut:

La ni ada satu cadangan iaitu kita keluar daripada Pakatan Harapan… (dan) satu cadangan lagi yang datang daripada saya (dipercayai Dr Mahathir) ialah kita tunggu (dan) fikir dengan mendalam atau patut ikut yang lain.


Jadi, saya nak tahu sama ada kita nak keluar sekarang ini ataupun kita nak bagi masa sedikit kerana pada saya the support from Umno is so fickle (sokongan daripada Umno adalah berubah-ubah). Kalau bagi masa sikit saja dia (Umno) nanti suka kat saya.


Jadi, tak ada kelainan cuma saya pun tak suka kepada DAP, (dan) tak suka kepada Anwar, yang lain semua pun macam tu, tapi semua itu soal masa saja nak kita tentukan masa ataupun kita ambil tindakan hari ini.

Berdasarkan kepada kenyataan Tun Mahathir itu, beliau tidak menafikan atau mengesahkan sama ada lelaki yang berkata demikian adalah dirinya.

Sememangnya tindak-tanduk Tun Mahathir semasa krisis peralihan jawatan Perdana Menteri sangat membingungkan kita semua.

Jika benar Tun Mahathir tidak mempunyai masalah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengapa tidak memberi kenyataan konkrit bahawa beliau bersedia menyerahkan kuasa kepada Anwar?

Sebaliknya, beliau sering berdolak-dalik dalam perkara ini dan bertindak meletakkan jawatan secara tiba-tiba tanpa menamakan Anwar sebagai penggantinya.

Sukar dibaca apa yang sebenarnya bermain dalam minda Tun Mahathir kerana apa yang tersirat mungkin tidak sama dengan apa yang tersurat.

Harap Tun Mahathir menulis buku tentang peranannya dalam krisis politik yang memualkan ini agar dijadikan pengajaran untuk kita dan generasi akan datang.

Beranikah Anak Muda DAP 'Balas Dendam' Terhadap Lim Kit Siang?

15 Cabaran UMNO Menjelang PRU-15


Catat Ulasan

0 Ulasan