Beliau yang menganggotai Parti Amanah Negara (PAN) menjelaskan, keputusan itu dibuat atas dasar prinsip yang tidak akan bernaung di bawah 'pemimpin sewel dan berpenyakit'.
Khairuddin turut menegaskan bahawa beliau tidak akan bernaung dan berjuang untuk menobatkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri kesembilan.
"Keseluruhan bangsa Melayu dan umat Islam di negara kita harus tolak Anwar Ibrahim daripada menjadi khalifah utama kita!!
"Jangan sama sekali kita biarkan diri ditipu serta tertipu lagi," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Semalam, Majlis Presiden PH membuat pusingan U dengan menyokong semula Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri mereka.
Khairuddin menambah, beliau akan berjumpa dengan Presiden PAN, Mohamad Sabu berhubung keputusan keluar parti dan meletak jawatan itu.
Beliau juga ingin melihat sejauh mana PH boleh pergi di bawah kepimpinan Anwar.
"Pada hakikatnya, beliau tidak lagi relevan dalam lanskap politik tanah air," jelasnya.
Khairuddin juga percaya rakyat akan mengetahui secara lebih jelas siapa Anwar yang sebenarnya.
"Dalam masa yang sama, saya ingin menyeru pada semua pemimpin-pemimpin PH yang luhur dan berprinsip untuk tinggalkan PH secara beramai-ramai serta jangan sama sekali kita sokong pemimpin seperti Anwar.
"Dia hanya 'syok sendiri' dan tidak akan dapat memimpin PH ke tahap yang memberangsangkan!! Parti PKR itu sendiri kini bermasalah dan berpecah di bawah kepimpinan Anwar," katanya.
Sehubungan itu, beliau menempelak Anwar kerana mahu mengetuai gagasan PH yang lebih besar sedangkan pada masa yang sama, tidak mampu memimpin partinya sendiri.
"PH akan hancur di bawah kepimpinan Anwar!! Jangan mimpi PH akan mampu untuk memenangi pilihan raya umum lagi bagi membentuk kerajaan pusat sepertimana pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lepas," jelasnya.
Khairuddin berpandangan, PH akan menjadi bahan sejarah semata-mata dan bakal terkubur buat selama-lamanya tidak lama lagi.
"PH bukan lagi platform yang sesuai untuk kita berjuang bagi selamatkan negara kerana pengerusi masa kini pun seorang pemimpin yang tidak selamat untuk kita semua," ujarnya.
Beliau menyatakan, sekiranya mahu menyelamatkan negara, tolaklah Anwar secara total dan jangan sama sekali mengizinkan Ahli Parlimen Port Dickson itu menjadi Perdana Menteri.
"Bangsa, agama dan tanah air akan hancur jika Anwar menjadi pemimpin utama kita! Yakinilah," katanya.
Sumber: PN BBC Portal
0 Ulasan