PCOM menyeru penyingkiran Israel dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

Gambar: National Tribune

Rancangan Pengilhakan Tebing Barat: Satu Lagi Bentuk Penjajahan dan Gengsterisme Israel

Dalam kesinambungan pembersihan etnik secara sistematik terhadap Palestin dan selari dengan peruntukan-peruntukan dalam rancangan imperialis Amerika Syarikat (A) iaitu apa yang dinamakan 'Perjanjian Abad Ini', rejim Zionis Israel berhasrat untuk meluluskan undang-undang untuk mengilhak sebahagian besar daripada Tebing Barat di mana ia dijangka berlaku bulan ini, Julai 2020.

Rancangan pengilhakan itu bertujuan menghalalkan pentadbiran secara langsung ke atas penempatan-penempatan haram Israel di sebahagian besar kawasan Jerusalem dan Tebing Barat, termasuk Lembah Jordan, secara keseluruhan kira-kira 42% daripada Tebing Barat, yang membentuk 63% Kawasan C yang merangkumi 87% sumber-sumber asli di Tebing Barat, 90% daripada hutannya, dan 49% jalan rayanya.

Langkah pengilhakan oleh Israel merupakan satu lagi bentuk penjajahan, kegananasan dan gengsterisme Israel terhadap hak-hak rakyat Palestin.

Menurut Konvensyen Geneva Keempat, kuasa yang menduduki tidak boleh memindahkan penduduknya ke wilayah yang diduduki bagi mencegah penjajahan terhadap wilayah-wilayah yang diduduki.

Pengilhakan sesebuah wilayah yang diduduki melalui peperangan adalah dilarang di bawah undang-undang antarabangsa, seperti yang dinyatakan dalam mukadimah Resolusi 242 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 1967, dan insiden-insiden pengilhakan secara sehala dan unilateral telah dikutuk oleh PBB, seperti pengilhakan Israel ke atas Jerusalem Timur pada 1980 dan Bukit Golan pada 1981.

Selepas 71 tahun keanggotaan Israel ke dalam PBB, perlu ditekankan bahawa rejim Zionis Isrel telah gagal memenuhi komitmen dan janjinya ketika diterima menganggotai PBB.

Israel telah menolak untuk menerima komitmen-komitmen yang merujuk kepada Piagam PBB dan resolusi-resolusi Perhimpunan Agung PBB, khususnya yang berkaitan dengan pelaksanaan resolusi 181 (II) pada 29 November 1947 dan 194 (III) pada 11 Disember 1948.

Selaras dengan tanggungjawab berterusan PBB dan masyarakat antarabangsa tentnag isu Palestin dan peranannya dalam mewujudkan kedamaian yang adil dan menyeluruh di Asia Barat, masyarakat antarabangsa mesti memastikan bahawa Israel menghormati peruntukan-peruntukan dalam Piagam PBB, undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta resolusi-resolusi PBB.

Israel mesti berundur, tanpa sebarang syarat, daripada semua tanah-tanah yang diduduki.

Jika itu tidak dilakukan, Perhimpunan Agung PBB diegas supaya mempertimbangkan pembatalan keanggotaan PBB dalam Perhimpunan Agung PBB dan semua badan-badan di bawah PBB.

Israel terus-menerus melanggar resolusi-resolusi PBB secara sistematik sejak berdekad-dekad lalu.

Ia berterusan menduduki wilayah-wilayah Palestin di Jerusalem Timur, Tebing Barat dan Genting Gaza. Ia enggan berundur dari wilayah-wilayah ini.

Ia berterusan melakukan pencabulan melalui penempatan haram pendatang Yahudi, mengusir rakyat Palestin dari wilayah-wilayah yang diduduki, memusnahkan rumah mereka, merampas tanah dan harta mereka, menyeksa tahanan, mencabuli hak asasi manusia dan mengepung Gaza secara berterusan.

Ia juga berterusan melaksanakan dasar-dasar yang memprovokasi ketegangan di wilayah-wilayah Palestin yang diduduki dan menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman dan keselamatan antarabangsa, seperti rancangan pengilhakan yang menamatkan penyelesaian dua negara yang selama ini seperti hidup segan mati tak mahu.

Ia pasti akan mencetuskan konfrontasi baharu dan kehilangan nyawa dan hak asasi manusia.

Kami di Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) menyeru semua negara untuk mengutuk sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk mengilhakkan wilayah-wilayah Palestin yang diduduki, mengeluarkan nota bantahan yang keras terhadap rancangan haram Israel dan menggesa Perhimpunan Agung PBB mengambil tindakan segera untuk menghentikan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Kami menyeru semua kerajaan, Parlimen, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan aktivis untuk menolak rancangan ini dengan lantang dan meneruskan sokongan terhadap rakyat Palestin di negara mereka.

Kami menggesa semua pihak untuk mengambil langkah-langkah serius untuk melaksanakan sekatan dan memboikot Israel dalam semua aspek.

Kami memanjangkan seruan kepada Perhimpunan Agung PBB untuk menyingkirkan Israel dari perhimpunan itu dan badan-badan di bawah PBB ekoran kegagalan Israel memenuhi komitmen dan janji sebagai anggota PBB seperti yang termaktub dalam Piagam PBB dan resolusi-resolusi PBB yang disebutkan sebelum ini.

Kami rakyat Palestin akan meneruskan perjuangan kami sehingga rancangan pengilhakan Israel dan komplot-komplot penjajahan yang lain dipatahkan. Palestin adalah hak kami yang tidak boleh dipertikaikan.

PCOM
8 Julai 2020

Dia Yahudi

Amazon paksa rakyat Palestin nyatakan alamat sebagai Israel jika mahu penghantaran percuma

PCOM Calls for The Expulsion of Israel from The United Nations


Catat Ulasan

0 Ulasan