Langsung Tak Minta Maaf, Al Jazeera Pertahan Laporan Berat Sebelah



Nampaknya agensi media asing, Al Jazeera cuba menegakkan benang basah selepas menerima kritikan rakyat Malaysia yang patriotik berhubung penyiaran dokumentari berat sebelah yang menuduh Malaysia mengamalkan diskriminasi terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Dengan selamba Al Jazeera mengatakan ia 'berpegang pada profesionalisme, kualiti dan keseimbangan kewartawanannya'.

Berikut adalah kenyataan penuh Al Jahiliyah, maaf, Al Jazeera:


Al Jazeera terkejut dengan tindak balas pihak berkuasa Malaysia terhadap dokumentari 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' dan bimbang tentang keselamatan kakitangannya


  • Siri dokumentari 101 East Al Jazeera menyiasat mengapa wabak COVID-19 menyebabkan pekerja migran bersembunyi.
  • Pegawai dan stesen televisyen kerajaan Malaysia mengkritik laporan itu sebagai tidak tepat, mengelirukan dan tidak adil.
  • Al Jazeera menolak dakwaan oleh pihak berkuasa Malaysia itu dan berpegang teguh pada kualiti dan keseimbangan kewartawanannya.
  • Polis Malaysia mengumumkan bahawa mereka sedang menyiasat Al Jazeera atas tuduhan hasutan, fitnah dan pelanggaran Akta Komunikasi dan Multimedia di negara itu.
  • Kakitangan Al Jazeera di Malaysia telah menjadi sasaran serangan dalam talian yang berterusan, termasuk ancaman maut dan pendedahan maklumat peribadi mereka dalam media sosial.
  • Al Jazeera meminta pihak berkuasa Malaysia untuk menghormati kebebasan media dan tidak lagi memperlakukan wartawannya sebagai penjenayah.
  • Al Jazeera mempunyai keprihatinan yang serius mengenai perkembangan yang berlaku di Malaysia sejak penyiaran dokumentari penyiasatan 101 East, "Locked Up in Malaysia's Lockdown" pada 3 Julai 2020. Dokumentari ini melihat mengapa pekerja asing tanpa izin berdepan risiko ketika situasi COVID-19.


Pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia telah mengkritik dokumentari itu sebagai tidak tepat, mengelirukan dan tidak adil.

Al Jazeera dengan tegas menolak tuduhan ini dan berpegang pada profesionalisme, kualiti dan keseimbangan kewartawanannya.

Siri dokumentari 101 East, sebuah program mingguan dari seluruh wilayah Asia Pasifik, mempunyai reputasi dalam menghasilkan kewartawanan mendalam dengan kualiti tertinggi. Banyak programnya telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan anugerah berprestij dari seluruh dunia.

Episod "Locked Up in Malaysia's Lockdown" mengandungi pandangan dan pengalaman pelbagai individu dari pelbagai latar belakang, termasuk seorang doktor yang dihormati di Malaysia dan pekerja bantuan Malaysia di barisan hadapan.

Seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam filem itu, Al Jazeera mengakui bahawa tindak balas Malaysia terhadap Covid-19 Malaysia berjaya membendung penyebaran virus.

Program ini juga dengan jelas menunjukkan usaha kemanusiaan yang dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan di Malaysia yang menyalurkan bantuan secara langsung kepada pendatang yang memerlukan.

Episod ini tidak mengandungi pandangan peribadi daripada mana-mana kakitangan Al Jazeera.

Al Jazeera berulang kali berusaha cuba mendapatkan pandangan kerajaan, dengan meminta wawancara dengan beberapa menteri kanan dan pegawai kerajaan. Permintaan berulang kali untuk temu ramah tidak dipenuhi.

Al Jazeera juga berusaha menghadiri sidang media Menteri Pertahanan, tetapi diberitahu hanya media rasmi yang dibenarkan hadir.

Walaupun kerajaan enggan diwawancara, Al Jazeera masih menghasilkan filem yang seimbang dengan memasukkan komen yang dibuat oleh Menteri Pertahanan dalam dua sidang media.

Dokumentari itu merakam peristiwa-peristiwa, termasuk serbuan imigresen, ketika kejadian tersebut berlaku secara langsung di Malaysia. Peristiwa-peristiwa ini juga banyak dilaporkan media-media lain, baik di dalam dan luar negara.

Al Jazeera sangat bimbang bahawa kakitangannya kini disiasat polis.

Mendakwa wartawan keranan menjalankan tugas mereka bukanlah tindakan demokratik yang menghargai kebebasan bersuara. Kewartawanan bukanlah suatu jenayah.

Al Jazeera juga mempunyai kebimbangan yang serius mengenai gangguan dalam talian yang dihadapi oleh kakitangannya. Wartawan-wartawan telah menjadi sasaran mesej yang kasar dan ancaman maut.

Maklumat peribadi kakitangan sedia ada dan bekas kakitangan diterbitkan dalam talian, sekali gus menyebabkan pelanggaran privasi yang serius yang berpotensi mendedahkan mereka kepada risiko besar pada masa sekarang dan akan datang.

Al Jazeera juga bimbang terhadap keselamatan mereka yang ditemu ramah dalam dokumentari yang turut menjadi sasaran gangguan dalam talian dan ucapan kebencian.

Orang ramai harus bebas bercakap dengan media dan menyatakan pandangan mereka tanpa rasa takut bahawa mereka boleh menjadi sasaran.

Dalam dunia di mana media menghadapi ancaman yang semakin meningkat, Al Jazeera menyeru terhadap kebebasan media dan hak untuk melaporkan secara bebas tanpa ugutan.

Al Jazeera menyeru pihak berkuasa Malaysia agar tidak memulakan siasatan jenayah terhadap kewartawanan profesionalnya yang tidak berat sebelah.

Al Jazeera English bersedia menjadi memberi ruang kepada wakil kerajaan Malaysia untuk menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan dalam dokumentari tersebut.

Agenda Jahat RBA Di Sebalik Gerakan Anti-Rohingya

Fuziah Minta Media Berhenti Besarkan Isu Berita Palsu, Tunggu Siasatan Selesai




Catat Ulasan

0 Ulasan