Kebiadaban pemimpin DAP singgung sensitiviti orang Melayu



Kegagalan DAP mengawal pemimpin-pemimpinnya daripada mengeluarkan kenyataan biadab menyinggung sensitiviti orang Melayu dikatakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kegagalan Pakatan Harapan (PH) memenangi hati kaum majoriti di Malaysia itu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan mendakwa bahawa DAP tidak melakukan apa-apa pun untuk menangani masalah tersebut.

Dua Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya, Prof P. Ramasamy dan Ronnie Lie merupakan antara pemimpin kanan DAP yang sering bersikap demikian sehingga menyebabkan Bersatu terpaksa memberi kenyataan balas bagi membuktikan parti itu cukup kuat untuk mencabar DAP.

"Dengan masa yang berlalu, keadaan tidak menjadi lebih baik untuk PH. DAP terus dilihat sebagai terlalu dominan dan terlalu lantang dalam pentadbiran PH,

"Parti itu bertegas mahu dilayan sebagai sekutu yang setanding dalam kerajaan, enggan menerima model terdahulu yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) di mana kerajaan dibentuk sebagai gabungan yang diketuai orang Melayu," jelasnya.

Wan Saiful menyuarakan perkara itu dalam esei bertajuk 'Why Did Bersatu Leave Pakatan Harapan' yang diterbitkan oleh ISEAS - Yusof Ishak Institute.

Orang Melayu Tak Bacul, Kami Bangkit Ganyang DAP!

Esei tersebut boleh dimuat turun dalam format Adobe Acrobat Reader dari laman sesawang ISEAS melalui pautan https://www.iseas.edu.sg/articles-commentaries/trends-in-southeast-asia/trends-in-southeast-asia-2020/why-did-bersatu-leave-pakatan-harapan-by-wan-saiful-wan-jan/.

Pertikaman lidah yang berpanjangan antara Bersatu dan DAP mewujudkan gambaran tentang pakatan yang kucar-kacir, di mana sebuah parti Melayu terpaksa menangkis serangan daripada sebuah parti bukan Melayu yang jauh lebih besar.

Maka, tidak mengejutkan apabila satu tinjauan pendapat yang dilaksanakan setahun selepas PH berkuasa mendapati bahawa populariti kerajaan telah merudum dan orang Melayu berasa semakin terancam.

Satu satu kaji selidik, hanya 24 peratus daripada pengundi Melayu berpandangan bahawa negara ini menuju ke arah yang betul, sekali gus menjadi bukti kukuh bahawa kerajaan perlu meyakinkan orang Melayu bahawa kehendak-kehendak mereka sedang ditangani.

Populariti Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri jatuh daripada 71 peratus pada Ogos 2018 kepada hanya 46 peratus, manakala hanya 39 peratus rakyat Malaysia memberi penarafan positif terhadap pentadbiran PH.

Beranikah Anak Muda DAP 'Balas Dendam' Terhadap Lim Kit Siang?

Angka itu adalah hampir sama dengan jumlah 34 peratus yang diterima BN yang diketuai Datuk Seri Najib Tun Razak dalam PRU-14.

Maknanya, setahun selepas memenangi PRU-14, tahap keyakinan yang diperoleh PH adalah sama rendah dengan yang diterima BN sebelum mereka hilang kuasa, dan mereka secara khususnya tidak popular dalam kalangan pengundi Melayu.

Kaji selidik tersebut juga mendapati bahawa salah satu punca utama yang menyebabkan PH tidak popular adalah kebimbangan terhadap hak-hak orang Melayu dan usaha memelihara agenda Melayu di bawah PH.

Enam bulan kemudian, pada Oktober 2019, apabla keputusan tinjauan pendapat yang lain diterbitkan, tahap populariti PH masih tidak berubah, sekali gus menunjukkan bahawa pendirian pengundi Melayu masih tidak berubah.

Apabila pengundi-pengundi Melayu ditemu bual selepas PRU-14 dan ditanya tentang perasaan mereka mengenai kejatuhan BN, mereka menyatakan perasaan kesal.

Mereka mengundi PH dalam PRU-14 tetapi tidak menyangka mereka boleh menang.

Jadi, selepas PRU-14, penduduk kampung bimbang bahawa kerajaan yang baharu tidak akan membantu mereka seperti yang dilakukan oleh UMNO dahulu.

Mereka juga bimbang tiada lagi parti pemerintah yang dapat berjuang untuk orang Melayu dan Islam.

Sebahagian daripada mereka secara terang-terangan mengatakan bahawa pentadbiran PH adalah kerajaan Cina yang berusaha merampas kuasa orang Melayu.

Kesimpulannya, orang Melayu masih meragui komitmen PH untuk melindungi kepentingan mereka walaupun mereka mungkin mengundi PH.

Di sebalik kebimbangan orang Melayu, PH tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki keadaan.

Pemimpin-pemimpin tertinggi PH seperti Lim Guan Eng dan Dr Mahathir juga memandang remeh terhadap keperluan menangani kebimbangan dan ketakutan orang Melayu.

Malah, Wan Saiful memberitahu, lantikan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan selain jawatan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara yang diisi oleh bukan Melayu menambahkan lagi kecurigaan orang Melayu terhadap PH.

Pakatan Harapan Plus idea mengarut anti-Persekutuan

Kemenangan PH dalam PRU-14 juga tidak boleh dianggap sebagai tsunami Melayu kerana hanya 25 hingga 30 peratus orang Melayu mengundi mereka, berbanding 95 peratus pengundi Cina dan 70 hingga 75 peratus pengundi India.

Tambahan pula, ada yang berpandangan, sebahagian pengundi Melayu terbabit hanya menolak UMNO secara sementara dan bukannya menyokong atau menyertai PH.

Jika dilihat daripada apa yang dijelaskan oleh Wan Saiful, sokongan orang Melayu amat penting bagi menentukan kelangsungan mana-mana gabungan parti politik yang membentuk kerajaan.

Malangnya, PH yang didominasi DAP seolah-olah membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap keresahan dan kebimbangan orang Melayu tentang nasib mereka di tanah air sendiri.

Akibatnya, Bersatu yang bimbang kedudukan mereka sebagai salah satu parti pemerintah akan terjejas dalam PRU-15 terpaksa mengambil tindakan drastik dan tepat apabila meninggalkan PH yang semakin parah dan dibelenggu pelbagai masalah yang tidak berkesudahan sehingga kini.

Taktik Kotor RBA, Rakyat Mesti Tahu!

Catat Ulasan

0 Ulasan