Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempersoalkan cadangan pihak tertentu yang meminta nama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ditukar.
Ketua Penerangan Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, nama KTM itu sendiri mempunyai nilai nostalgia yang tersendiri malah ia merupakan lambang prestasi dan kemajuan negara ini sejak dahulu lagi.
"Perkasa juga ingin mempersoalkan apakah ini merupakan langkah licik untuk melenyapkan identiti bangsa Melayu itu sendiri?
"Perkasa tidak menolak sebarang bentuk cara untuk memodenkan gerabak atau perkhidmatan tetapi kekalkanlah nama sebagai Keretapi Tanah Melayu kerana ia juga lambang negara kita," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau mengulas laporan media mengenai cadangan tersebut yang ditimbulkan atas alasan menjadikan KTMB lebih sesuai dengan peredaran masa.
Walau bagaimanapun, KTBM memaklumkan tiada keperluan untuk syarikat tersebut menukar namanya.
Irwan Fahmi mengingatkan, dahulu negara ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan perkhidmatan kereta api mengambil nama bersempena identiti negara ketika itu.
"Nilai nilai sejarah jangan di tukar sesuka hati. Amat malang jika ada unsur unsur negatif dengan cadangan mengubah nama perkhidmatan keretapi kita," jelasnya.
Beliau menambah, Perkasa mengucapkan jutaan terima kasih kepada KTMB kerana menolak cadangan menukar nama yang mempunyai nilai, sejarah yang tersendiri.

1 Ulasan
setuju
BalasPadam