Loji-loji Rawatan Air Di Sungai Selangor Beroperasi Semula



Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa ketiga-tiga loji rawatan air (LRA) yang terpaksa dihenti tugas pada jam 9:45 pagi, hari ini (27 Mac 2020) akibat pencemaran minyak di Sungai Selangor telah kembali beroperasi pada jam 11:55 pagi ini.

Tindakan pantas melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam alternatif (OPAK) di Bestari Jaya telah mempercepatkan aliran (flushing out) air yang tercemar ke hilir Sungai Selangor dan sehingga sehingga jam 11.50 pagi tiada lagi minyak dikesan pada muka sauk ketiga-tiga LRA tersebut.

Pengesanan Pencemaran Minyak Di Sungai Selangor

Dengan pengoperasian semula ketiga-tiga LRA tersebut, tiada kawasan yang terjejas kerana paras kolam takungan pada sistem agihan bekalan air berada pada tahap optimum.

Air Selangor sentiasa memastikan bekalan air bersih yang disalurkan kepada pengguna dipantau rapi dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Piawaian Kualiti Air Minum oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, para pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemat.



Prasarana Berhasrat Derma Motosikal Baharu Kepada Penunggang Grabfood Terlibat Kemalangan

Sumber Pembelajaran Dalam Talian & Data 4G Percuma Melalui Inisiatif Learn From Home

Soalan Lazim Asas Pengeluaran i-Lestari

Bimbang Kesan Ekonomi Akibat Covid-19? Salurkan Maklum Balas Kepada Kerajaan

Kabinet Malaysia mulai 9 Mac 2020

Catat Ulasan

0 Ulasan