Henti tugas kesemua LRA ini terpaksa dilakukan akibat pencemaran minyak yang dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor pada jam 9.30 pagi ini.
Pihak Air Selangor telah melaporkan insiden pencemaran ini kepada pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan semua tindakan perlu sedang diambil oleh pihak Air Selangor dan LUAS untuk meminimakan impak kepada pengguna berikutan insiden ini.
Pada masa ini bekalan air masih terus disalurkan kepada para pengguna dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.
Dalam tempoh ini para pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemat.
Para pengguna juga digalakkan muat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.
Prasarana Berhasrat Derma Motosikal Baharu Kepada Penunggang Grabfood Terlibat Kemalangan
Sumber Pembelajaran Dalam Talian & Data 4G Percuma Melalui Inisiatif Learn From Home
Soalan Lazim Asas Pengeluaran i-Lestari
Bimbang Kesan Ekonomi Akibat Covid-19? Salurkan Maklum Balas Kepada Kerajaan
Kabinet Malaysia mulai 9 Mac 2020
0 Ulasan