PUTRAJAYA 8 APRIL 2020 - Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memutuskan tidak akan memberi moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman perumahan kepada para penjawat awam.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, LPPSA menjelaskan, tiada keperluan untuk berbuat demikian pada masa ini kerana masih yakin kebajikan penjawat awam telah cukup terjaga.
Secara asasnya, kata LPPSA, penjawat awam dan pesara kerajaan masih menerima gaji penuh dan pencen bagi menampung perbelanjaan bulanan termasuk kewajiban bayaran balik pembiayaan perumahan LPPSA.
"Kebajikan penjawat awam di bawah pakej rangsangan Prihatin tetap menjadi salah satu keutamaan kerajaan melalui pemberian bantuan tunai seperti pembayaran RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam bagi gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan kontrak serta lebih 850,000 pesara kerajaan bermula April 2020.
"Tambahan pula, bagi penjawat awam yang tergolong dalam golongan B40 dan M40, bantuan juga disediakan melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di antara RM500 sehingga RM1,600 yang akan dibayar pada bulan April dan Mei 2020.
"Manakala baki bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibayar pada bulan Julai 2020," kata LPPSA.
Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu agar LPPSA memberi moratorium bayaran balik pinjaman untuk penjawat awam, khususnya mereka yang berada dalam kategori isi rumah yang terjejas pendapatan akibat PKP.
CUEPACS Ulangi Rayuan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman LPPSA
CUEPACS Mohon LPPSA Pertimbang Pengecualian Potongan Pinjaman Perumahan
LPPSA menambah, sebarang moratorium atau penangguhan kepada bayaran ansuran bulanan pembiayaan akan memberi kesan kepada aliran wang tunai LPPSA dan melibatkan pinjaman tambahan melebihi RM2 bilion.
"LPPSA bertanggungjawab memastikan kelangsungan dan sumber kewangannya kekal utuh demi memastikan manfaat pembiayaan perumahan dapat terus disediakan kepada penjawat awam yang sedia ada dan yang akan datang," jelasnya.
Untuk makluman, kerajaan menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan LPPSA yang disubsidikan pada kadar faedah 4%.
Ini adalah lebih rendah berbanding kadar pembiayaan yang ditawarkan oleh mana-mana institusi perbankan tempatan.
Di samping itu, pembiayaan perumahan yang diberikan LPPSA dengan kadar faedah 4% ini adalah jauh lebih rendah berbanding kos dana yang diperolehi oleh LPPSA melalui terbitan sukuk iaitu pada kadar antara 4.5% hingga 5%.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh dikemukakan kepada LPPSA melalui https://etiket.lppsa.gov.my .
PGSM Lancar Program Konsultasi Guaman Syariah Dalam Talian
KDNK Malaysia 2020 Antara -2% Hingga 0.5% - Bank Negara
1 Ulasan
HELLO
BalasPadamSaya ADAWIYAH YAHYA dari malaysia saya tinggal di bandar temerloh pahang. Saya tidak pernah tahu boleh mendapatkan pinjaman daripada pinjaman dalam talian atau pemberi pinjaman. Saya hampir mati dengan banyak bil untuk membayar tiga anak saya dan skor kredit saya juga sangat rendah. Oleh itu, saya baru sahaja online untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara mendekati bank atau mengambil pinjaman hari gaji dengan skor kredit yang rendah. Kemudian saya dapati banyak penulisan dan artikel di laman web yang berbeza mengenai bagaimana SYARIKAT PINJAMAN KARINA ELENA ROLAND membantu orang, firma dan organisasi dengan kadar faedah pinjaman @ 2%. Dengan pengetahuan yang saya dapat dalam talian, saya menghubungi SYARIKAT PINJAMAN KARINA ELENA ROLAND melalui e-mel: (karinarolandloancompany@gmail.com), saya menjelaskan mengenai diri saya. Saya memohon pinjaman $ 60,000 tetapi dia meluluskan $ 50,000 dan itu adalah $ 50,000 yang saya terima di akaun bank saya. Proses transaksi sangat mudah dan pantas. dan juga mengesahkan Identiti saya dan untuk memastikan keselamatan dana. Saya mengesyorkan syarikat ini kepada semua orang. Jangan mati dalam hutang sebelum anda meminta pertolongan. Tulis surat ke SYARIKAT PINJAMAN KARINA ELENA ROLAND sekarang E-mel (karinarolandloancompany@gmail.com atau whatsapp +1 (585) 708-3478, untuk maklumat lebih lanjut anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel adawiyayahya63@gmail.com